antara 2 pilihan ??23:35
Wednesday 11 January 2012
tengah sibuk jari jemari ney menaip kerja yang bertimbun , masuk satu pesanan ringkas di phone aq " TAHNIAH!! Anda telah BERJAYA terpilih untuk menyertai PTP Januari 2012 " . Tersentap sekejap , tp tersenyum dengan lebarnya , yeeey ! aq dapat INSTEP .. hehe , sumpah ! da lame aq delete dari otak aq neyh tuk pikir lagi sal INSTEP memandangkan test dyorg yang aq xsempat jawab and sgt mencabar tuh . For candidates yang berjaya juga tuh , CONGRATZ korang !
TETAPI ! skang aq terpaksa buat keputusan antara dua , samada untuk memilih INSTEP atau kerjaya aq skang ... actually , aq dah berkerja di UIA, Kuantan selama 6bulan , agak selesa berkerja even bukan dalam bidang aq .. paling penting "GOVERMENT !" haha .. so, aq still pending bile orang bertanya pilih yang mana ? erm ... :(
Bile BF korang ade SCANDAL ? amacam ?06:06
Thursday 5 January 2012
Hye korang , new entry ... tadaaa ! tajuk cam menarik kan , tetibe i rase cam nak wat entry neyh , kenape errk ?? coz i baru jerr IM kat fb ngn sorang member i neyy .. her BF cheats on her again ! korang pn mesti ade pengalaman kan ? "dimadukan" errk ? i sendiri pn ade pengalaman tuh ok , adat bercinta kott :)
Kenape lelaki selalu cari scandal ? sama ade secara sengaja or tak , ia tetap tidak adil ok ! Mungkin ada sebab kenapa lelaki cari scandal perempuan lain tapi bukan semua perkara itu disebabkan oleh perempuan. Ada orang kata "lelaki buaya darat", "lelaki xpernah puas", "kaki perempuan" mungkin betul jgk ?... Oppsss! bukan nak menangkan perempuan .. so, lelaki2 out there jangan larr marah eyy. Almost semua lelaki apabila jumpa perempuan yang cantik .. pijak semut pun tak mati , kalau yang ganas tu pulak kalau bercakap dengan awek cantik , lembut lagi suara daripada kain sutera .. name pn lelaki !
But from my experience kan ,yang perempuan SCANDAL tuh pun kan , lebih kurang jerr .. do you know why ? coz ada jugak perempuan yang konon2 sanggup jadi scandal ? what type of this girl ? Giler weyh , dah macam lagu IRWAN SYAH, CAMELIA .. kire mcm kekasih gelap lar kan. Plss rr , for SCANDAL GIRL out there , bertaubat lah ok , sebagai perempuan kite hormat lar hati seorang perempuan . WHAT GOES AROUD COMES AROUND eyy ! Yang xboleh blah sgt tuh , bile scandal BF tuh dengan muke xseberapa nak malu tuh sound2 kita , heyy ! sape yang patot sound sape ? Actually kan for "LELAKI" , xperlu kot nak scandal2 ni , if ur GF da cukup baik untuk korg .. why not korang just setia and bagi full attention kt GF korang . It's better !
Untuk lelaki plak , cube fikir kenapa perempuan tak leh nak cari lain ??? Taw plak marah if GF dy rapat ngan kawan lelaki lain , mule r check message , delete fon no. larr , tukar sim ...why u nak marah sedangkan u wat scandal blh plak kan??? so, lelaki yang kat luar sana fikir2kan la....kenapa lelaki boleh wat scandal sedangkan perempuan x?
Perkahwinan di usia MUDA , ngeee ~19:37
Tuesday 3 January 2012
Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.
Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.
Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke
alam perkawwinan
Berikut tip-tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin
kahwin awal di usia muda:
- TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami tuh mampu menanggung majoriti kos sara hidup korang nanti. Tak kesah lar kerja sendiri or makan gaji , janji halal ( dialog CINTA ELYSSA ) pastikan pendapatan anda stabil untuk beberapa bulan okey. Mane nak shopping lagi , jalan2 honeymoon kan .. ?? cakap jiwe muda ..
- TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan. Ini untuk mengelakkan korang2 daripada bergaduh selepas kahwin .." sayang , mane cincin i bg u tuh , i nak pajak gadai .. duit semua dah abis , u lar , nak wedding ala2 PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON !!!
- TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan. But bagi i , and ape yang i dah tgk , mmber2 yang dah kahwin awal ni , diorg semakin matang dan sangat bertanggungjawab , yang lelaki semakin berkerja keras memberi kesenangan kt family ... to all my friends yang dah kahwin awal ... salute korang !
- TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.Banyak hal yang korang akan hadap nanti .. so , taw korang2 ney darah mude lg ! jgn rr cepat marah and lafazkan ape yang xpatot dilafazkan ok ! kate sayang kan ...
- TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
- TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.Bagi lelaki yang kaki wrestling tuh, jangan plak korang wat kat isteri korang even da dapat lesen sepenuhnya kan ..banyakkan bersabar , hehe
- TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.
Itulah beberapa tips yang sempat dikongsikan bersama anda jika anda mempunyai hasrat untuk
kahwin awal.
5 TIP untuk menarik CINTANYA :)19:09
Sometimes, apabila kita sudah selalu bercinta, ada waktu kita dilamun cinta, ada pula yang mencintai kita, kadang2 lepas putus cinta terus jew jatuh cinta lagi…Kita rasa kita sudah kenal dan tahu tentang cinta. Tanpa ragu, kita rasa kita bijak bercinta.Tetapi, apabila kita tersungkur dan terduduk dikecewakan cinta masa itulah kita mulai terfikir,
“Apa yang aku buat salah?…aku cintakan dia dan sayangkan dia seikhlas hati, tetapi mengapa dia tinggalkan aku?…mengapa dia curang?…mengapa dia menghilang?…mengapa dia tak jawab call tak balas message aku? mengapa dia kecewakan cinta suci aku? Mengapa? Mengapa?”
Jawapannya :-
1. Mungkin anda Terlalu mudah – I sangat faham jika seseorang, wanita especially begitu mudah jatuh cinta dan memberi jiwa, raga dan akhirnya body…kepada lelaki yang telah lama menjadi idamannya. Because to her, inilah cintanya, inilah kasih dan sayangnya…dia mahu serahkan segala-gala kerana dia terlalu dan amat cintakan lelaki itu. Susah bila dah cinta ni…tetapi, to tell you all the truth… sekiranya begitulah caranya you all menunjukkan cinta, siapa pun akan cepat bosan!
“Dah dapat madu, sepah dibuang” bukankah itu pepatah orang tua-tua?…
TIP 1 : Baik wanita maupun lelaki, jangan terlalu mudah memberi cinta, meluahkan rasa cinta. Biar kita mudah mesra, dan baik hati tetapi sangat susah meluahkan rasa cinta. Biarkan cinta lumat di dalam jiwa namun tidak sekali kuluahkan haaa…Barulah CINTA akan BERGETAR di dalam jiwanya. So, pendam dan simpan cinta anda tu…dia akan dapat merasa walau tidak diluahkan, itu baru benar-benar cinta!
2. Mungkin anda Cepat mahu komitmen – Bagai menghalau dia pergi, begitulah apabila perkenalan yang sesingkat itu sudah lafaz kata cinta, sudah anggap kekasih sejati, bercakap bagai sehidup semati, terus-terusan berbual soal anak-anak nanti, sudah berbahasakan diri Mama/Papa…Bila keluar berkepit macam tak nak lepas…WO!!
TIP 2 : Bukan tak mahu komitmen, tetapi jauhinya dulu. Setiap perhubungan perlukan satu penyesuaian yang betul-betul serasi, barulah boleh anda membuat komitmen, barulah boleh declare couple. Takkan baru keluar dating sekali dah couple? Takkan baru siang malam chatting belum jumpa dah jadi kekasih sejati? Berikan ruang kepada anda dan dia…cuba mengenali hati budi masing-masing at least setahun dua…biar di jiwa tu meronta-ronta barulah CINTA BERGETAR then mungkin, barulah boleh serius! Jangan cepat-cepat nak kan komitmen beb, relax…
3. Mungkin anda Terdesak – Hehehe… ini memang biasalah bagi mereka yang kurang pengalaman dalam cinta. Atau yang baru putus cinta. Nampak begitu teruja sangat nakkan cinta. Terlampau terdesak dahagakan cinta. Sehinggakan yang lelaki nampak macam nak makan wanita, yang wanita nampak macam dunia dah nak kiamat.
“aku nak kat dia, aku naaakkk…dia lah saja yang aku nak, tak ada orang lain dah yang boleh ganti tempat diaaa!!” ….erkkk?!!
TIP 3 : Relax beb, jangan over…sebenarnya jika anda kurang tunjuk mahu, buat-buat macam tak mahu. Orang akan lebih berminat dengan anda. Buat mahu tapi malu…atau seolah-olah tidak berminat tetapi dalam hati +++++++ CINTA…well dia juga akan bergetaran cintanya!
4. Mungkin Emosi anda melampau – Sikit-sikit marah, menangis, cemburu, benci dan tak suka itu dan ini. Perkara kecil pun dibesar-besarkan. Belum ada ikatan apa-apa pun, bergaduh, bertekak, tak setuju itu dan ini. Jelaslah anda telah memberi tekanan yang amat dasyat kepada pasangan anda haaaa…memang cepatlah putus cinta! Tak perlu nak tanya mengapa lagi lah.
TIP 4 : The best thing to do is, JANGAN tunjukkan langsung emosi anda. Biarkan dia tertanya-tanya dan ternanti-nanti,
“Eh apa yang dia rasa ya…macam tak ada apa je??!” Haha…padahal Tuhan sajalah tahu betapa anda ingin menunjukkan emosi anda. Biarkan!…biarkan ia menjadi tanda tanya. Dia mesti ingin anda tunjuk emosi belas kasihan, sedih, rindu, sayu, sendu, marah,…tapi anda buat tak tahuuuu je….haaa, sure CINTANYA ++++++ kegeraman!
5. Mungkin anda Membuka pekong – Oleh kerana terlalu cinta anda asyik bercerita kepada dia tentang kisah anda sehingga anda menceritakan segala-gala kisah hitam anda dulu-dulu. Habis anda ceritakan segala-gala pekong di dada. Segala keburukan anda, kejahatan anda, kesyaitanan anda semua dia tahu. Do you think dia akan tunggu anda lagi?
TIP 5 : Yang penting sekarang, bukan dulu! Nak terima cinta …terima yang sekarang. Sekarang anda sudah baik, sudah berubah itu yang dikira. Yang dulu tidak perlu dicerita, tidak perlu pun dia tahu. Kalau nak tahu sangat boleh belah! Dalam bercinta, kita kena buatkan diri kita misteri, sudah berkali-kali cakap ni hehe…tetapi masih ramai yang suka menceritakan kisah dirinya sekaligus 100%. Koyak laa… you all kena simpan at least 20-30% of your life, biarkan ia jadi misteri, sehingga dia tersangat ingin tahu, amat curious tentang anda,
“Isshh, siapa dia ni sebenarnya? Apa rahsia dia? Apakah perkara yang dia tak nak beritahu tu walau berkali aku tanya?”…ahh, keep it as your secret je. Biarkan dia tertanya-tanya…keep it to yourself, barulah CINTANYA +++++
Pastinya anda akan bertanya ALL this tips, berapa lama boleh tahan ni hehe :) Well, kalau I, I akan cuba tahan selama-lama yang mungkin…at least bertahun-tahun amacam? Boleh? Good luck boys and girls
Kenapa LELAKI suka GF CANTIK ???? Is this a fact?18:33
Apabila di tanya mana-mana lelaki tentang ciri-ciri girlfriend yang macam mana dyorang mahukan, jawapan pertama dyorang mesti si awek tu cantik / sedap mate memandang. Kadang-kadang lelaki yang tak berapa handsome pun ada angan-angan nak GF cun. Erkk ? perempuan pn ape kurang kn ? hehehe .. Bila jalan berdua-duaan sambil pegang tangan xkew nmpak macam "Beauty" and "The Beast" pulak. Kata orang memang tak diambil peduli dah yang penting boleh jalan dengan bidadari. Waa..baru nampak macho !!! Macam jalan dengan Angelina Jolie plak kan. Pernah tak korang2 terfikir kenapa lelaki hanya nakkan GF yang cun. Yang tak cun langsung tak dilayan. Pada pandangan aku lah… cume sekadar pandangan , not more than that , ok ?
Untuk Tayangan Umum
Sebenarnya lelaki yang tak berapa handsome ni kalau dah dapat GF yang cun melecun dyorang akan rasa sangat bangga. Sebab bukan mudah nak dapat yang betul-betul cun. Kalau boleh nak berkepit dua puluh empat jam bertenggek atas moto E kali lima, bwk pusing2 town tunjuk GF dia. Kalu ada yang puji lagi lah kembang hidung si BF. GF cun pulak untung sebab dyorang ni akan di tatang bagai minyak yang penuh oleh BF mereka.
Untuk Capai Cita-cita Yang Ditanam Pada Zaman Kecik-kecik Dulu
Lelaki akan pasang angan-angan nak dapatkan bidadari sejak dari kecik lagi. Jadi, dorang akan memulakan misi memburu GF cun sehingga dapat. Andai ada awek yang tak berapa cun minat dekat dorang, pasti tak akan dilayan. Bila dapat GF yang cun ni dikire mcm dapat satu "POWER" lar kot !
Nak Tepati Pemilihan Calon Isteri Mengikut Islam
Yang ni lelaki ramai ingat macam mana nak cari perempuan mengikut Islam. Yang pertamanya dipilih melalui rupa paras , keturunan, harta dan akhir sekali agama. Tapi yang peliknya, tiga lagi ciri-ciri lain tak ada pulak lelaki ambik peduli kalau dah jumpa GF cantik. Bagi mereka kalau muka cun tapi perangai tak ok boleh di maafkan. Sampaikan tak nampak langsung keburukan pada si GF cun.
awek cun: sayang,i penat nak tunggu bas untuk pg keje setiap pagi ..terkejar2 ...
pakwe: tak apa. nanti abang ambik and jemput sayang setiap hari eyy .. xpayah naik bas ...
awek cun: baiknye u sayang ... ambik i jgn lambat taw ...
pakwe: untuk u, i akan usahakan walaupun terpaksa gadai nyawa i.. ???????
Bagi GF yang kat luar sana tak payah lah korang cari BF jenis macam ni. Buat merana hidup saja.For girls out there, jage lar penampilan eyy, kalu xnak BF korang try untuk cari yang lagi CUN dari korang .. ngeee ~
"OMBAK RINDU"20:59
Sunday 1 January 2012
*klik untuk menonton
New entry !!! Lai, lai OMBAK LINDU .. hehe , actually aq nk update entry tuk 'THE BEST MOVIE 2011' . Kalu xsilap lar kan , da nak masuk 3-4 kali rr aq tgk cite neyh , gilerr takk ? Mybe sbb aq ske watak Aaron Aziz and Maya Karin tuh .. dyorg mmg TERBAIK !! Actually for this year aq dew jgak tgk movie melayu yang lain but semua movie tuh kurang menarik perhatian aq , so aq bg 5STAR kt cite neyh , even cite neyh xsehebat dalam novel ombak rindu yang aq bace but bg aq untuk create movie sebijik mcm novel , 10jam pn xcukup kan .. ngee ~
01:53
Saturday 31 December 2011
Salam semua , HAPPY NEW YEAR !!! waaa .. xsangka yang kite sekarang dah nak berganti tahun , means umor aq pn dah meningkat kew sweet-22yrs .. eh? sweet lg kew ? hahaha , wat ever ! actually , aq saja nk tulis entry tentang azam tahun baru aq , tp kan sebenarnya azam tahun lepas aq pn msih bnyak lg yang xtercapai ... xpela , since da nak new year neyh , aq rase nak bukak diary baru and forget about a past ... kalu nak dijadikan ringkasan hidup aq untuk tahun 2011 , banyak sgt kenangan pahit manis untuk 2011 .. aq da grad untuk diploma aq , mule cari duet sendiri .. kehilangan seorang yg bergelar "ABAH" and banyak lg lar. LET's START IT ! Now , aq nak listkan segala azam aq untuk tahun 2012 :)
- beli sebuah kereta yang boleh memudahkan aq pergi dan balik keje ,
- tukar handphone SONY ERICCSON too SAMSUNG !
- belajar buat cake and belajar menjahit - betol kew neyh ?
- reduce weight - haha , ramai sgt yang da complain :(
- simpan duet kahwin - gatal kaw nokk , hehe !
Thats all about azam aq , korang da ade azam ??? hehehe , aq doakan semua azam korang akan tercapai untuk tahun baru ok !