speaking 'TERENGGANU' language04:55
Saturday, 17 December 2011
Entri kali ini cuma entri santai-santai sahaja. Berkenaan perkataan dan pengunaan bahasa Terengganu. Kalau ikutkan hendak belajar bahasa terengganu boleh sahaja google, berlambak.
Cuma kali ini aku hendak bagitahu beberapa perkataan dari bahasa terengganu yang aq selalu dengar boyfriend aq cakap , padahal dy pn bkn asal terengganu .
Betak
- Betak kalau bahasa biasa bermaksud lambat/lembab. Bunyi 'e' dalam perkataan ini seperti bunyi 'e' dalam perkataan emak. So sudah boleh sebut?
-Contoh penggunaan ayat , "Betak sunggoh la mu ni, lengoh aq tunggu dari takdi" (lambat sungguh la mu ni, letih aq tunggu dari tadi)
Nebeng
- Nebeng membawa maksud berlebihan. Sebutan 'e' dalam perkataan ini juga seperti 'e' dalam perkataan emak.
-Contoh ayat " Beng nebeng sangat ah wak lawok tu, kan ade yang maroh pulok kekgi"
ayat bermaksud lebih kurang macam ni 'jangan buat lawak lebih sangat la, kan ada yang marah pula nanti'
Ork
- Ork bagi aq lebih bermaksud seperti 'kan'. Macam tambahan penyedap ayat.
-Contoh ayat 'mu ni ork, suke sangat ngate ke aq'
maksud " mu ni kan, suka sangat mengata aq'
Blake
- Blake ini bermaksud semua. Sebutan bukan seperti 'Blake' nama orang putih tu, sebutan dengan dua suku kata, bla ke.. 'e' dalam perkataan ini seperti sebutan 'e' untuk emak.
-contoh ayat - "mari sek² ni, habis blake ah kuih rumoh mu', bermaksud " mari geng² ni, habis semua la kuih rumah mu"
-------------------------
Cukup rasanya 4 perkataan untuk pembelajaran bahasa Terangganu.:)
Walaupun aq tahu bahasa terengganu, tetapi sebenarnya aq bukan orang terengganu pun. Cuma ramai orang yang salah sangka aq orang terengganu. Dan juga ramai orang kata aq orang kelantan. Padahal sebenarnya aq orang Pahang..ha².